Home » MIB, TMBikers dan Graftbusterriders anjur konvoi perangi rasuah

MIB, TMBikers dan Graftbusterriders anjur konvoi perangi rasuah

SHAH ALAM – MyIkram Bikers (MIB) dan TM Bikers buat julung kalinya berkolaboratif dengan Graftbusterriders dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menganjurkan program Rasuah Busters Outreach pada Ahad ini.

Presiden MIB, Dr Azmi Hassan berkata, program santai itu bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan kepada ahli berhubung gejala rasuah serta usaha untuk memeranginya.

“Rata-rata ahli dalam kumpulan kami ini datang daripada pelbagai latar belakang seperti usahawan, kakitangan kerajaan, ahli perniagaan dan sebagainya.

“Jadi saya melihat kerjasama melalui program ini akan memberi pendedahan serta impak yang menyeluruh kepada semua,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Program berkenaan akan dimulakan dengan sesi konvoi dari lokasi masing-masing yang telah ditetapkan menuju ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pagi Ahad ini.

Program bertemakan Enjoy the ride, don’t bribe itu turut mendapat sokongan Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Graftbusterriders, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, pihaknya berharap program kerjasama yang akan berlangsung itu dapat menjadi trigger point atau pencetus untuk lebih ramai lagi kumpulan komuniti bikers bersama-sama menguar-uarkan gerakan antirasuah seumpama ini.

Share This Post
Have your say!
00

Customer Reviews

5
0%
4
0%
3
0%
2
0%
1
0%
0
0%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Thanks for submitting your comment!