Home » Belia sahut gelombang Rasuah Busters

Belia sahut gelombang Rasuah Busters

SHAH ALAM – Belia yang berperanan sebagai tulang belakang negara menyambut baik terhadap keseriusan menggempur rasuah di peringkat akar umbi.

Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhamad Hanapi Jamaludin berkata, penglibatan pemimpin belia yang mempunyai pengaruh luas menjadi isyarat gelombang baharu untuk mengatur semula sistem sosiopolitik dalam negara yang dipenuhi rasuah.

“Keadaan dalam negara kini compang camping ditebuk tikus rasuah.

“Kita tidak boleh lagi menyerahkan labu untuk dibaiki oleh tikus. Angkatan baharu yang tiada beban politik diharap dapat menjadi barisan memulakan gerakan ini melalui perdamaian nasional,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, iltizam itu turut mendapat sambutan pemimpin parti politik tanah air untuk menubuhkan Gabungan Belia Rasuah Busters.

“Bagi memastikan integriti dijamin dalam sektor pemegang amanah rakyat, makluman terperinci mengenai butiran projek mega, pengoptimuman menyeluruh Parlimen sebagai mekanisme semak dan imbang, mengekang lantikan politik yang melampau dan amalan ‘scheme of things’ wajar ditegakkan.

“Tekad ini tidak akan terlaksana tanpa kemahuan politik menjayakannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik Gabungan Belia Rasuah Busters yang dilancarkan pada 27 Februari lalu dan merupakan satu gerakan bebas melibatkan lebih daripada 67 kumpulan belia di seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

ARTIKEL BERKAITAN: MBM, Sinar Harian lancar kerjasama Gabungan Belia Rasuah Busters

Jelasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini melaporkan, sebanyak 55 peratus daripada 1,902 tangkapan rasuah sejak 2013 di Malaysia terdiri daripada golongan belia berusia 40 tahun ke bawah.

“Mengapa tidak ini menjadi kerisauan kepada kita. Belia adalah angkatan yang akan mengisi segmen utama pembangunan negara.

“Jika seawal ini mereka telah diherotkan oleh kleptokrasi, sukar untuk kepercayaan yang rosak mendapat kembali tempatnya pada masa akan datang. Integriti itu amanah. Apabila ia bocor, sukar untuk menampalnya.

“Jika dapat sekalipun, tentu sukar untuk membersihkan kesan dan bekasnya yang masih melekat pada tangan pelaku walaupun telah dijahit dengan baju baharu,” kata beliau.

Beliau turut memuji program seperti ‘Mak Kata Jangan!’ yang mampu memberi peringatan untuk mengelak amalan rasuah.

Share This Post
Have your say!
00

Customer Reviews

5
0%
4
0%
3
0%
2
0%
1
0%
0
0%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Thanks for submitting your comment!