Home » Kukuh asas agama bentuk jati diri bendung amalan rasuah

Kukuh asas agama bentuk jati diri bendung amalan rasuah

JERANTUT – Penghayatan agama Islam bagi membentuk jati diri yang kuat menjadi benteng melawan godaan nafsu supaya tidak terbabit dengan perbuatan tidak bermoral termasuk amalan rasuah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, aspek tersebut perlu diperkukuhkan dalam kalangan umat Islam untuk membendung perbuatan tidak bermoral tersebut.

Beliau berkata, pelbagai kempen sama ada di media cetak, elektronik serta laman sosial yang seiring dengan perkembangan teknologi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menangani isu rasuah di negara ini.

“Tapi jika jati diri seseorang itu tidak kuat, kempen yang dijalankan mungkin kurang memberi kesan.

“Jadi saya melihat penghayatan agama perlu dikukuhkan sejak kecil lagi supaya mereka tidak mudah terjebak kerana sudah mengetahui hukumnya jika terlibat aktiviti rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dalam konteks ahli politik pula, seseorang itu perlu melihat tujuan sebenar terlibat dalam dunia politik.

“Jika mereka memilih dunia politik ini untuk berkhidmat kepada rakyat, mereka tentu dapat mengelakkan diri daripada amalan rasuah yang boleh merosakkan negara,” katanya.

Mohd Zakhwan turut berharap agar semua pihak memainkan peranan masing-masing tanpa mengharapkan kerajaan semata-mata untuk membendung gejala rasuah.

Share This Post
Have your say!
00

Customer Reviews

5
0%
4
0%
3
0%
2
0%
1
0%
0
0%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Thanks for submitting your comment!