Home » ‘Tolak ahli politik ambil rasuah, jangan undi mereka’

‘Tolak ahli politik ambil rasuah, jangan undi mereka’

SHAH ALAM – Gejala rasuah bukan sahaja mampu menjejaskan ekonomi negara, malah ia disifatkan sebagai satu perbuatan yang zalim dan melanggar tuntutan setiap agama di negara ini.

Profesor Sosiologi Universiti Nasional Singapura, Profesor Dr Syed Farid Alatas menegaskan, masyarakat perlu menolak, menghina dan menjauhkan diri daripada mereka yang terlibat sama ada sebagai pemberi mahupun penerima.

“Kleptokrat adalah orang yang harus ditolak dan perlu dihina. Jauhkan diri dari mereka. Masyarakat Malaysia kena tolak ahli politik yang ambil rasuah, jangan mengundi mereka.

“Ini merupakan satu sikap yang perlu diserap kerana budaya itu masih belum menyerap dalam masyarakat kita,” katanya selaku penalis pada program Siri Wacana Dasar VI (Siri Akhir): Rasuah dan Gerakan Sosial secara dalam talian pada Rabu.

Turut menjadi panelis, Team Ahli Pemikir (TAM) Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohd Said dan Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin manakala Datuk Dr Ilanco Karuppanan selaku moderator.

Justeru, beliau mencadangkan agar gerakan sosial berkaitan mencegah rasuah perlu memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan gejala itu dalam negara ini.

Jelasnya, gerakan itu juga mampu berfungsi sebagai merubah budaya rasuah dalam politik dan juga masyarakat.

“Dalam konteks Malaysia, saya rasa ramai pemerhati merasakan bahawa rasuah tidak dapat diatasi atau tidak akan diatasi oleh pemerintah atau kerajaan. Oleh sebab itu, perlunya gerakan sosial untuk memainkan peranan dalam menghentikan rasuah.

“Gerakan ini memainkan peranan penting sekurang-kurangnya mengurangkan rasuah. Rakyat ada kesedaran. Ada paksaan dan dorongan dari rakyat dalam membantah dalam bentuk gerakan sosial. Ia juga dapat memperbaiki kehidupan sosial dan ekonomi kita,” ujarnya.

Share This Post
Have your say!
00

Customer Reviews

5
0%
4
0%
3
0%
2
0%
1
0%
0
0%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Thanks for submitting your comment!