#RasuahBusters
Kempen #RasuahBusters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi/menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di Negara ini. Ia bertujuan membersihkan sistem nilai yang telah korup yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaun dan agama. #RasuahBuster membentuk kebangkitan rakyat agar menentang najis rasuah yang telah menjadi pandemik dan merosakkan rakyat dan Negara Malaysia. Kempen #RasuahBusters menekankan nilai-nilai integriti yang melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun dan berjaya. Inilah sebuah gerakan dari rakyat demi rakyat.